Pekerjaan Momofuku Ando

Pengasasan Nissin

Lihat juga: Nissin Foods

Selepas Perang Dunia Kedua, Taiwan diperoleh kepada Republik China (1912–1949), dan Ando perlu memilih antara menjadi warganegara Taiwan atau kekal menjadi subjek Jepun. Ando memilih pilihan yang pertama untuk mengekalkan harta keturunan beliau di Taiwan (disebabkan oleh semua warganegara Jepun perlu menyerah harta mereka yang berada di Taiwan). Walupun begitu, Ando kekal di Jepun.

Pada tahun 1948, Ando disabitkan kesalahan atas pengelakan cukai dan menerima hukuman dua tahun dalam penjara. Dalam biografinya, Ando mengatakan beliau meyediakan biasiswa kepada pelajar, yang pada masa tersebut merupakan salah satu bentuk pengelakan cukai. Selepas beliau kehilangan syarikatnya disebabkan oleh tindak balas kemuflisan berantaian, Ando mengasaskan apa yang akan menjadi Nissin di Ikeda, Osaka, Jepun, dengan bermula sebagai syarikat kecil yang diuruskan oleh keluarga yang menghasilkan garam.

Penciptaan Nissin Chikin Ramen

Perekaan semula bengkel kerja Ando di Muzium Ramen Segera Momofuku Ando.

Dengan Jepun masih menderita daripada kekurangan makanan ketika era pasca-peperangan, Menteri Kesihatan mencuba untuk menggalakkan orang ramai untuk memakan roti diperbuat daripada tepung gandum yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat. Ando tertanya-tanya kenapa roti disyorkan daripada mi, yang lebih dikenali oleh orang Jepun. Menteri Kesihatan menjawab dengan mengatakan syarikat mi terlalu kecil dan tidak stabil untuk memuaskan keperluan alatan, jadi Ando bercadang untuk mengeluarkan mi dengan sendiri. Pengalaman tersebut meyakini diri beliau bahawa "Keamanan akan datang ke dunia apabila orang ramai mempunyai cukup makanan untuk makan."[2]

Pada 25 Ogos, 1958, pada umur 48 tahun, dan selepas bebrulan-bulan mengeksperimen cuba dan silap untuk menyempurnakan cara goreng-kilat beliau, Ando memasarkan pakej pertama mi segera belum dimasak. Perisa ayam yang asal dinamakan Chikin Ramen. Dulu, mi tersebut diiktirafkan sebagai barang mewah dengan harga ¥35 (¥608/US$5.69 dalam 2019),[3] kira-kira enam kali harga daripada harga mi udon dan mi soba tradisional pada masa tersebut. Setakat 2016, Ramen Ayam masih dijual di Jepun dan sekarang dipasarkan dengan harga ¥120 (US$1.12), atau kira-kira satu pertiga daripada harga semangkuk mi termurah di kedai Jepun.

Penciptaan Cup Noodles

Lihat juga: Cup Noodles
Cup Noodles Nissin

Menurut Financial Times, penciptaan mi cawan oleh Ando pada tahun 1971, pada umur 61 tahun, menolong untuk mengembangkan populariti mi segera di seluruh dunia. Beliau telah melihat bahawa orang Amerika memakan mi dengan menghancurkan mi tersebut kepada dua, meletakkanya dalam cawan dan menyiram air panas atas mi tersebut. Mereka juga memakan mi dengan menggunakan garpu, berbanding dengan penyepit. Ando diilhamkan, dan merasakan bahawa cawan styrofoam - dengan bawah yang lebih sempit berbanding dengan atas - akan menjadi bekas yang sesuai untuk memegang mi dan mengekalkannya panas. Memakan mi tersebut akan menjadi semudah membuka penutup, menambah air panas dan menunggu. Kemudahan, kecekapan dan harga rendah mi cawan ini menukar nasib Nissin.[4]

Ando mula memasarkan produk paling terkenalnya, Cup Noodle (カップヌードル Kappu Nūdoru), pada 18 September, 1971, dengan idea membekalkan satu bekas polistrin kalis air.[5] Apabila harga diturunkan, ramen segera dengan cepat menjadi perniagaan yang mengembang. Permintaan antarabangsa menyampai 98 billion hidangan pada tahun 2009.[6]

Keahlian industri

Pada tahun 1964, mencari jalan untuk mempromosikan perusahaan mi segera, Ando mengasaskan Persatuan Perusahaan Mi Segera, yang menetapkan garis panduan untuk tandingan adil dan kualiti produk, memperkenalkan beberapa kebiasaan industri seperti memasukkan tarikh produk pada pembungkusan produk dan garis "isi sehingga". Beliau juga merupakan pengerusi Persatuan Pembuat Ramen Antarabangsa.

Rujukan

WikiPedia: Momofuku Ando http://www.japanvisitor.com/index.php?cID=361&pID=... http://www.latimes.com/news/printedition/californi... http://momofukuando.com/ http://www.time.com/time/asia/2006/heroes/bl_ando.... http://www.sankei.co.jp/seikatsu/shoku/070106/shk0... http://isni.org/isni/0000000082711842 http://www.ratchakitcha.soc.go.th/DATA/PDF/0001693... http://www.libertytimes.com.tw/2007/new/jan/7/toda... http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/6237013.st... http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/6406001.st...